Sunday 1 May 2011

GULA TEBU (PUTIH) PEMBUNUH NO. 1

ARTIKEL TENTANG BAHAYA GULA TEBU DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?

• Gula tidak menjejaskan mana-mana bahagian tubuh tetapi ia merubah kimia darah.
• Gula tidak menyebabkan sakit jantung secara langsung tetapi ia menjadikan platelet darah melekit dan ini meningkatkan risiko pembekuan darah dalaman yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok melalui lemak darah.
• Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4 kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilan kalori atau gula berlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akanditukar menjadi lemak.
• 24 sudu teh gula boleh menyebabkan keberkesanan sel darah putih menurun sebanyak 92% dan ini memakan masa sehingga 5 jam.
• Proses penuaan menjadi lebih cepat menerusi pemecahan oksigen akibat pengambilan gula.

GULA : PEMANIS YANG MEMBUNUH

Gula merupakan salah satu makanan tanpa khasiat yang paling memudaratkan manusia. Gula cuma menambah kalori tambahan yang jika tidak digunakan akan bertukar sebagai lemak dalam tubuh. Ia tidak memberi sebarng nutrien atau zat makanan, sebaliknya zat-zat itu digunakan untuk metabolismenya. Lebih buruk lagi gula menyingkirkan zat makanan daripada tubuh. Itulah sebabnya ia digelar "kalori kosong"atau makanan tanpa khasiat.

Kajian-kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar pemakanan tentang keburukan gula.
• "Gula adalah pemanis pembunuh".Kajian yang telah dibuat daripada ahli pemakanan dan saintis, Professor John Yudkin.

• Satu kajian di Finland mendapati diet yang kaya dengan gula mengurangkan kekuatan tulang tikus yang sedang membesar.

• Rencana terbaru Newsweek yang mengetengahkan gelombang jenayah di Jepun berjudul "Devil Food Made Me Do It", melaporkan tentang kaitan antara makanan yang terlalu banyak gula membawa kepada keganasan.
Antara penyakit-penyakit dari kemanisan gula :

• Penyakit Jantung

• Kanser - Sel-sel kanser subur dengan gula

• Kencing Manis

• Jerawat

• Candida Albicans - Gula boleh menyebabkan jangkitan vagina

• Melemahkan Sistem Imun - 24 sudu teh gula boleh mengakibatkan 92% sel darah kurang berkesan

• Kerosakan Gigi - 8 dari 10 kanan-kanak menjadi mangsa

• Cepat Tua

• Kegemukan

• Sakit Sendi

• Osteoporosis

• Batu Karang Hempedu

Antara penyebab gula menjejaskan kesihatan anda :

• Gula boleh melemahkan sistem imun

• Gula boleh mengganggu imbangan galian dalam tubuh

• Gula penyebab hiperaktiviti, gelisah dan kenakalan kanak-kanak

• Gula menjejaskan pencapaian kanak-kanak di sekolah

• Gula boleh melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bacteria

• Gula boleh merosakkan buah pinggang

• Gula boleh membawa kepada kanser payudara, ovari, prostat dan kanser dubur

• Gula menjadi faktor kanser pundi hempedu

• Gula boleh menyebabkan kanser kolon, dengan risiko lebih tinggi terhadap wanita

• Gula boleh menyebabkan perut berasid

Kanser

Gula menggalakkan kanser kerana insulin dikaitkan dengan pengeluaran hormon Prostaglandin E2 yang melemahkan sistem imun. Tumor kanser adalah pemakan gula. Paras gula dalam darah yang tinggi bermakna terdapat bekalan "bahan bakar" tumor yang terus beredar diselurh badan.

Candida Albicans (Keputihan)

Gula turut menjadi makanan kepada yis Candida Albicans yang menyebabkan jangkitan faraj akibat pertumbuhan yis yang berlebihan.

Apabila kandungan gula dalam darah menjadi tinggi, terdapat gula tambahan sebagai makanan. Dengan itu yis bertambah berllpat ganda dengan cepat sehingga menyebabkan pertumbuhan yang berlebihan.

Kegemukan

Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilan kalori atau gula berlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akan ditukar menjadi lemak.Ini akan menyebabkan kegemukan selain dari timbulnya pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)

Tekanan darah tinggi adalah perkara biasa bagi orang yg gemuk.Tisu yang bertambah dengan lemak bermakna menambahkan lagi jarak kapilari di mana melaluinya darah dipam. Keadaan ini lebih menekan jantung dan arteri hingga menyebabkan pelbagai bentuk penyakit jantung yang boleh membawa kepada maut.

KOPI MANGGIS STEVIA

Buah manggis mempunyai pelbagai khasiat yang unik dalam penjagaan kesihatan. Kandungan bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Pengambilan kopi manggis stevia ini dapat membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan berat badan dan dapat mengelakkan daripada penyakit-penyakit yang berbahaya.selain itu pengambilan secara berterusan juga dapat membantu melancarkan sistem pencernaan dan kandungan stevia di dalamnya dapat membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah.